Pusat Internet Kampung Taee Merapatkan Jurang Digital di Kalangan Masyarakat Luar Bandar & Bandar
24 Jul 2020 | Aktiviti TerkiniPelbagai kekangan yang dihadapi oleh pelbagai sektor semenjak isu Pandemik Covid19 melanda negara kita disebabkan pelbagai perkara terpaksa ditunda dan sebarang perkhidmatan yang diperlukan tutup untuk sementara waktu. Turut terkesan dengan isu tersebut adalah Institutusi Pendidikan Tinggi sama ada awam ataupun swasta. Isu pencapaian taraf internet di kawasan pendalaman dihadapi oleh pelajar yang kebanyakan tidak mendapat sambungan internet yang cukup di kawasan kediaman mereka. Ini menyulitkan para pelajar untuk menyiapkan sebarang tugasan yang perlu diselesaikan.
Pusat Internet diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan social masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
Pusat Internet Kampung Taee menawarkan kemudahan untuk orang awam melayari internet secara percuma khasnya untuk pelajar. Pada Khamis yang lalu, salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawa (UNIMAS) dari Kampung Jenan mengambil inisiatif untuk datang ke Pusat Internet Kampung Taee untuk mendapatkan kemudahan akses internet yang cepat untuk membuat kerja kursus beliau dan kuiz dalam talian di Pusat Internet Kampung Taee. Pusat Internet Kampung Taee sangat mengalu-alu kan pelajar yang kurang akses internet di rumah untuk datang kerana perkhidmatan tersebut boleh didapati di sini. Pusat Internet Kampung Taee memberikan akses percuma dengan kemudahan seperti WiFi, ruang belajar yang kondusif yang berhawa dingin serta selesa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: